27 May 2011
~~terdetik...~~
Selalu sangat terluka. Memang tak dapat nak elak.
Kadang-kadang cuba jadi kebal. Tak mahu emosi sangat.
Tak nak jadi cengeng. Nangesss.Tapi apakan daya,
airmata tetap berlumba-lumba nak terjun jugak.
Tak apa biarlah airmata tu. Yang penting bagi saya,
walau hati selalu terluka saya cuba pulihkan dengan sebuah
perasaan kasih sayang yang menyapu segala luka. Saya tidak balas
segala kelukaan itu dengan amarah dendam.
Banyak kali saya pijak-pijak ego sendiri. Saya tak segan silu merayu
kemaafan hanya kerana tak mahu sesebuah hubungan yang sangat akrab
tiba-tiba terputus begitu sahaja.
Satu sahaja prinsip yang perlu kita pegang sampai bila-bila. Dan saya
pun mahu berusaha untuk berpegang pada prinsip itu. Biar orang melukai
dan membenci kita tetapi jangan sekalipun kita melukai dan membenci orang.
Jangan ada sekuman pun perasaan benci terhadap orang lain. Bagi diri
saya, bila tak ada seorang pun disekeliling hidup kita yang kita benci,
maka hati akan jadi tenang, setenang bayi yang tidur nyenyak.
Sebenarnya banyak terjadi kita membenci orang tanpa sebab yang hakiki.
Mengapa kita biarkan hidup dan hati ini membiak kuman kebencian yang tidak
berasas bahkan membuat hati dijangkiti penyakit gundah. Contohnya,
kadang-kadang hanya kerana kita tak suka tengok bentuk badan sesorang
artis tu, kita membenci dia. Bila kita tak suka, cara pemimpin tu
bercakap, kita benci dia, bila kita tak suka tengok teman sepejabat
berpakaian, kita benci dia.
Kenapa perlu membenci. Lepaskanlah segala perasaan benci itu. Buang
jauh-jauh dari bersarang di hati. Insyallah, hati lebih tenang,
perasaan lebih ringan dan Allah akan beri kebahagiaan jitu tanpa
dihalang oleh kebencian terhadap sesama insan.
Kadang-kadang kita hairan kenapa seseorang gadis itu lambat bertemu
jodoh. Kita tidak pernah tahu bahawa sigadis itu banyak menyimpan
perasaan benci terhadap orang lain yang menjadikan salah satu sebab
Allah halang kelancarannya mendapat jodoh.
Kita hairan mengapa sesorang itu sentiasa ditimpa kesusahan yang tak
berkesudahan tetapi pernah kah kita tahu mungkin dia ada menyimpan dendam
atau kebencian terhadap saudara-mara yang menjadi salah satu sebab
Allah menghalang rahmat melimpahi hidupnya.
Jadi jangan ada benci dihati ini. Melainkan perasaan yang dipenuhi
kasih sayang semata-mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment