"(iaitu) orang-orang yang berfirman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram."
manusia boleh berubah dengan apa juga cara, disebabkan kerana apa juga keadaan yang berlaku.
boleh jadi berubah kerana musibah,
boleh jadi kerana dipimpin orang tersayang,
boleh jadi kerana tersedar sendiri dari lena yang panjang,
boleh jadi kerana hati tersentuh oleh ayat-ayat Allah dalam Quran.
namun yang nyata Allah jugalah yang mengetuk pintu-pintu hati itu untuk berubah.
untuk lebih mengingatiNya
.
tidak hanya bertitik noktah pada solat lima waktu dan puasa Ramadhan.
tapi lebih dari itu.
dan bila begitu, apa yang hendak rugi?
memang sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.
biar apa yang melanda dapat diterima dengan lapang.
mengingati Dia di waktu susah dan senang.
apabila hati telah diketuk begitu, hanya terpulang pada diri sendiri untuk buka pintu itu atau tidak.
kita belajar daripada ujian,
kita belajar daripada pengalaman,
kita belajar untuk menerima ketentuan,
kita belajar untuk yakin pada janji Tuhan,
kita belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang.
kita belajar dari segalanya,
yang kembali membawa kita kepada Dia
tak kira jika belok ke selatan atau utara sekali pun.
moga dijauhkan kami daripada menjadi orang yang hanya hampir pada-Mu di waktu susah ya Allah.
moga kami menjadi hambaMu yang bersyukur,
yang mengingatiMu di waktu susah dan senang.
amin.....
"petikan dari aA + bB (Hlovate)...."







No comments:
Post a Comment